Cari:
China, Malaysia Tingkatkan Lagi Perkongsian Strategik Komprehensif
2015-11-23 20:54:56 CRI Cetak

China dan Malaysia patut merapatkan lagi persahabatan yang telah dibina sekian lama dan memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang sehingga menjadi contoh dalam menyebarkan semangat kejiranan yang saling percaya, saling menguntungkan dan bekerjasama.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang sepanjang pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra petang tadi.

PM Li berkata, dalam usaha menubuhkan perkongsian strategik komprehensif China-Malaysia, diperlukan langkah-langkah seperti berikut: pertama, meningkatkan komunikasi strategik dan menumbuhkan rasa saling percaya dari segi politik serta melakukan lawatan peringkat tinggi; kedua, menyejajarkan strategi pembangunan dan menggerakkan kerjasama dalam bidang perindustrian; ketiga, memperluas pelaburan perdagangan dan kerjasama kewangan; keempat, mengintensifkan kerjasama dua hala dalam penerbangan, ekomaritim dan teknologi; kelima, memperkukuh asas kerjasama dalam urusan pertahanan negara dan penguatkuasaan undang-undang serta operasi memerangi jenayah rentas sempadan; dan keenam, menggalakkan pertukaran kebudayaan, pendidikan, pelancongan dan lain-lain.

PM Li juga menekankan peri pentingnya mewujudkan kesalinghubungan serantau dengan menggerakkan kerjasama dalam pembinaan infrastruktur, antaranya projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Malaysia-Singapura, projek kereta api di selatan Malaysia dan lain-lain.

Antara lain hasil pertemuan kedua-dua pemimpin ini adalah China memutuskan untuk memperuntuk kuota 50 bilion yuan (RM33.75 bilion) kepada pelabur Malaysia untuk melabur dalam pasaran modalnya tanpa sebarang halangan di bawah Program Pelabur Institusi Asing Berkelayakan Renminbi (RQFII).

Sepanjang pertemuan berkenaan, Najib pula meluahkan harapan beliau agar projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dapat dilaksanakan secepat mungkin, serta kerjasama dalam kewangan dapat diperluas. Beliau berharap agar perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara dapat dipertingkat melalui komunikasi dan kerjasama dalam kebudayaan, pendidikan, antikeganasan, urusan pertahanan negara dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China