Cari:
Ucaptama Perdana Menteri China dalam Forum Ekonomi Malaysia-China
2015-11-24 14:38:51 CRI Cetak

China akan mewarisi misi Laksamana Cheng Ho yang membawa mesej persahabatan ketika singgah di Melaka kira-kira enam ratus tahun lalu, sekali gus menyemarakkan semangat dan hikmah daripada nenek moyang yang menghargai keamanan.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menyampaikan ucaptama dalam Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China sempena lawatan rasminya ke negara Asia Tenggara itu, semalam.

Menurut PM Li, pada masa ini, China dan Malaysia sedang melalui fasa kritikal dalam transformasi ekonomi. Kedua-dua negara perlu merebut kesempatan ini untuk memperluas kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, mempererat hubungan kejiranan dan menyejajarkan strategi pembangunan masing-masing.

Beijing, yang sedang menggariskan Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China bagi tahun 2016 hingga 2020 (FYP ke-13) dan Kuala Lumpur, yang bakal melaksanakan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), boleh mencipta lebih banyak peluang kerjasama yang dapat dimanfaatkan antara satu sama lain. Dengan menggabungkan insiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan visi kesalinghubungan antara ASEAN, China dan Malaysia harus mempergiat kerjasama dalam bidang infrastruktur dan perindustrian, sekali gus melebarkan skop perdagangan.

Protokol mengenai penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) yang baru dimeterai akan merancakkan aktiviti perdagangan antara kedua-dua pihak. Demi kerjasama yang lebih erat dalam bidang kewangan, China memutuskan untuk memperuntukkan kuota 50 bilion yuan (RM33.75 bilion) kepada pelabur Malaysia untuk melabur dalam pasaran modal tanpa sebarang halangan di bawah program Pelabur Institusi Asing Berkelayakan Renminbi (RQFII). Selain itu, China juga bersedia untuk melabur dalam bon Malaysia mengikut prinsip pasaran dan bersedia untuk menerbitkan bon dalam bentuk RMB di negara itu.

Walaupun kedua-dua negara sudah mempu­nyai hubungan baik dalam bidang ekonomi dan perdagangan, namun perkongsian dalam budaya, linguistik, pelancongan dan lain-lain juga tidak diketepikan.

Biarpun ekonomi global terus lembap dan cabaran-cabaran di dalam negeri masih belum diatasi, pertumbuhan ekonomi China tetap kekal kukuh dengan unjuran pertumbuhan sebanyak 7 peratus bagi keseluruhan tahun ini.

Boleh dikatakan bahawa kuasa besar di Asia ini adalah momentum kepada pertumbuhan ekonomi sejagat. Oleh hal yang demikian, China akan meningkatkan integrasi dan keterbukaan dalam pelbagai sektor seperti kewangan, pendidikan dan perubatan untuk menyediakan peluang baharu kepada syarikat-syarikat dari Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China