Cari:
Xi Ucapakan Tahniah Atas Ulang Tahun ke-40 Hari Kebangsaan Laos
2015-12-03 11:14:41 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan juga Presiden China, Xi Jinping mengutus perutusan tahniah kepada Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) dan juga Presiden Laos, Chummaly Sayasone atas ulang tahun ke-40 penubuhan Republik Demokratik Rakyat Laos. 

Xi dalam perutusan itu mewakili parti, kerajaan dan rakyat China mengucapkan tahniah kepada pemimpin, parti, kerajaan dan rakyat Laos.

Kepercayaan politik antara China dengan Laos semakin diperkukuh, kerjasama ekonomi dan perdagangan semakin rapat. China bersedia meningkatkan hubungan rakan kerjasama komprehensif dengan Laos dan berusaha bersama-sama untuk membina komuniti berkongsi masa depan dan memberikan sumbangan demi kestabilan dan pembangunan serantau bahkan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China