Cari:
Speaker DPR RI Letak Jawatan
2015-12-17 13:53:32 CRI Cetak
Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR RI), Setya Novanto meletak jawatan setelah didapati terbabit dalam kes melanggar kod etika kerana meminta saham daripada sebuah syarikat menggunakan nama Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Naib Presiden Jusuf Kalla.

Peletakan jawatannya diterima oleh Mahkamah Kehormatan Dewan (MKD) pada petang 16 Disember lalu.

Pada bulan November lalu, Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Indonesia, Sudirman Said telah membuat aduan kepada MKD untuk menafikan penglibatan presiden dan naib presiden yang didakwa meminta saham daripada syarikat cari gali bijih.

Novanto sebelum itu turut menafikan penglibatannya menggunakan nama presiden dan naib presiden meminta saham daripada syarikat berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China