Cari:
Kapal Penumpang Indonesia Hilangan Hubungan
2015-12-20 14:52:47 CRI Cetak

Sebuah kapal penumpang Indonesia yang membawa lebih 100 orang telah tertimpa kecelakaan di kawasan perairan di sekitar provinsi Sulawesi Indonesia semalam. Menurut maklumat terkini, sebanyak 39 penumpang telah diselamatkan, tiga mayat mangsa ditemukan, manakala kira-kira 80 mangsa yang lain masih hilang. 

Jurucakap Kementernian Pengangkutan Indonesia, Julius Arivada Barata memberitahu wartawan bahawa kapal tersebut bertolak dari pelabuhan Kolaka, tenggara Sulawesi pada pukul 11.00 pagi semalam menuju ke pelabuhan Siwa, selatan Sulawesi. Pada pukul 3.45 petang itu, pelabuhan Kolaka menerima penggilan anak kapal itu untuk meminta bantuan kerana enjin kapal dikatakan rosak dan kapal itu bocor. Kemudian pelabuhan Kolaka hilang hubungan dengan kapal itu.

Menurut Barata, kapal itu membawa seramai 118 orang antaranya termasuk 108 penumpang dan 10 anak kapal. Jabatan penyelamat tempatan dan tentera laut Indonesia telah menghantar anggotanya ke perairan kejadian itu untuk menjalakan operasi menyelamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China