Cari:
Konsulat Besar China di Pulau Pinang Dibuka
2015-12-24 15:38:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Majlis perasmian Konsulat Besar China di Pulau Pinang, Malaysia diadakan di Pulau Pinang pada 22 Disember lalu.

Majlis tersebut turut dihadiri Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang dan Penolong Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Bilateral bagi Asia Timur, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Dato' Ganeson Sivagurunathan.

Huang dalam perutusan tahniahnya berkata, sebagai saksi kepada perkembangan pesat hubungan China-Malaysia, pembukaan pejabat konsul tersebut pastinya membolehkan rakyat setempat lebih memahami China, sekali gus membuka dimensi baharu dalam hubungan dua hala serta pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap agar pejabat konsul tersebut dapat menggalakkan pertukaran dan kerjasama antara Malaysia dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China