Cari:
Pameran Dwitahunan Kesenian China-ASEAN 2015 Dirasmikan
2015-12-28 14:40:36 CRI Cetak

Pameran Dwitahunan Kesenian China-ASEAN 2015 yang berlangsung selama sebulan dirasmikan di Nanning, China semalam.

Para karyawan dan hasil-hasil kesenian dari Thailand, Singapura, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Jepun, dan lain-lain telah menarik kedatangan ramai pengunjung tempatan untuk menyaksikan pameran tersebut.

Pameran kali ini bertemakan "aliran yang berbeza, asal usul yang sama".

Para karyawan yang terlibat akan membincangkan hubungan budaya dan geografi, sejarah asal usul dan kerjasama pembangunan.

  Naib Ketua Setiausaha Yayasan Pembangunan Sosiobudaya China, Jiang Ye menyatakan bahawa pameran dan komunikasi pelbagai budaya dan rentas negara amat bermanfaat demi menggalakkan persahabatan dalam kalangan rakyat, meningkatkan rasa saling mempercayai dan kerjasama ekonomi dan perdagangan serantau.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China