Cari:
Jamuan Raikan Penubuhan Komuniti ASEAN di Jakarta
2015-12-28 14:44:50 CRI Cetak

Sekretariat ASEAN dan Kementerian Luar Indonesia mengadakan jamuan meraikan penubuhan Komuniti ASEAN di Jakarta baru-baru ini. Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh; Naib Menteri Luar Indonesia, Abdurrahman Mohammad Fachir; Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu dan lebih 200 wakil dari 10 negara ASEAN dan negara rakan dialog menghadiri jamuan tersebut.

Le Luong Minh menyatakan bahawa pembinaan Komuniti ASEAN amat kondusif kepada ASEAN untuk lebih aktif memimpin dan menggalakkan kestabilan dan kemakmuran serta memberikan manfaat kepada rakyat serantau. Sekretariat ASEAN akan menyempurnakan pembinaan mekanisme, menangani pelbagai cabaran dan terus menyokong proses integrasi ASEAN serta menggalakkan ASEAN berkembang ke arah pembangunan mampan, adil dan inklusif.

 Muhammad Fachir berkata, anggota ASEAN berazam untuk membina ASEAN sebagai pertubuhan antarabangsa yang berwibawa dan menangani masalah serantau dan antarabangsa dengan lebih berkesan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China