Cari:
Hairan Pesawat MH132 Berubah Haluan
2015-12-28 11:12:24 CRI Cetak

Juruterbang sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) hairan apabila pesawatnya yang baru berlepas dari sebuah lapangan terbang di Auckland, New Zealand menghala ke laluan di luar kebiasaan, iaitu ke arah Melbourne, Australia.

Portal berita The New Zealand Herald melaporkan, kejadian pelik itu yang kini dalam siasatan pihak berkuasa berlaku pada penerbangan MH132 yang menuju ke Kuala Lumpur pada hari sambutan Krismas lalu.

Pesawat Airbus A330 itu yang sepatutnya melalui laluan ke utara untuk ke Malaysia, bergerak dengan menggunakan laluan lebih selatan ke arah Australia.

Walau bagaimanapun, juruterbang menyedari pesawat tidak menuju ke laluan yang betul selepas beberapa minit perjalanan.

Lapan minit selepas pesawat itu berlepas, juruterbang menghubungi menara kawalan udara di Auckland meminta mereka melihat punca pesawat tidak terbang menuju ke Malaysia.

Syarikat Airways Corporation, yang merupakan syarikat pembekal perkhidmatan navigasi udara di New Zealand, kini sedang menyiasat kejadian itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China