Cari:
ASEAN, SCO Pergiat Kerjasama
2015-12-29 11:30:52 CRI Cetak

Sekretariat ASEAN dan Sekretariat Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) mengadakan rundingan di ibu pejabat ASEAN di Jakarta baru-baru ini. Kedua-dua pihak bersepakat untuk mempergiat kerjasama komprehensif dengan mengutamakan sektor ekonomi pada tahun 2016.

Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh menyatakan bahawa sokongan antara satu sama lain melalui negara anggota atau rakan dialog kedua-dua pertubuhan ini amat penting. ASEAN dan SCO mempunyai kepentingan bersama yang meluas, terutamanya dalam bidang ekonomi yang mempunyai prospek kerjasama yang cerah.

Wakil SCO, Dmitri Mezentsev turut melahirkan hasrat untuk memperkukuh hubungan dengan ASEAN.

Beliau mengundang negara ASEAN dan pegawai Sekretariat ASEAN menghadiri sidang kemuncak dan forum SCO pada tahun 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China