Cari:
Anifah: Komuniti ASEAN Ditubuhkan Secara Rasmi
2015-12-31 15:31:36 CRI Cetak

Menteri Luar Malaysia, negara pengerusi bergilir ASEAN, Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan penubuhan Komuniti ASEAN secara rasmi hari ini yang merupakan peristiwa penting dalam sejarah ASEAN.

Anifah berkata, Malaysia menyokong pembinaan Komuniti ASEAN dan integrasi serantau serta menyokong pelaksanaan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2025: Bersama Melangkah Ke Hadapan.

Menurut beliau, dokumen tersebut merupakan satu set dokumen mengenai haluan serta pelan tindakan bagi pembinaan Komuniti ASEAN untuk 10 tahun akan datang yang berteraskan kepada tiga tunjang utama, iaitu Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (APSC), Komunti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) dan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Tambah beliau lagi, penubuhan Komuniti ASEAN tidak bermakna berakhirnya proses pembinaan, namun merupakan langkah permulaan untuk tindakan seterusnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China