Cari:
Indonesia Sasarkan Kedatangan 12 Juta Pelancong Asing
2015-12-31 15:38:19 CRI Cetak

Menteri Pelancongan Indonesia, Arief Yahya dalam sidang media semalam menyatakan bahawa kerajaan Indonesia berharap dapat menarik 12 juta orang pelancong asing melancong ke negara itu pada tahun 2016.

Arief Yahya berkata, bilangan pelancong asing yang melancong ke Indonesia dijangka mencatat 10.017 juta pada tahun ini, meningkat 5.81 peratus berbanding dengan tahun lalu.

Kementerian Pelancongan Indonesia merancang untuk menarik 12 juta pelancong asing pada tahun depan, yang akan membawa pendapatan kepada Indonesia sebanyak 172 trilion rupiah (RM 73.82 bilion).

Untuk mencapai sasaran tersebut, Kementerian Pelancongan akan meningkatkan promosi di luar negara.

 

Tambah beliau lagi, bilangan pelancong dari China menduduki tempat ketiga selepas Singapura dan Malaysia.

Beliau berharap dapat menarik 2 juta pelancong dari China pada tahun depan.  

     

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China