Cari:
China Alu-alukan Penubuhan Komuniti ASEAN
2015-12-31 18:28:47 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berkata, China mengalu-alukan penubuhan Komuniti ASEAN secara rasminya pada hari ini.

Beliau berkata, hari ini merupakan hari yang penting dalam sejarah integrasi ASEAN yang juga merupakan komuniti subrantau yang pertama di Asia.

Ini menandakan kerjasama Asia Timur telah berkembang ke tahap yang baharu.

Lu berkata, China menaruh keyakinan yang tinggi terhadap pembangunan ASEAN pada masa akan datang dan berharap agar Komuniti ASEAN mencapai kemajuan yang lebih cemerlang.

Tambah beliau lagi, tahun 2016 merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN. China akan terus menyokong integrasi ASEAN dan berganding bahu dengan negara-negara ASEAN demi mendorong pembangunan Komuniti China-ASEAN yang berkongsi masa depan yang lebih erat.    

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China