Cari:
E-Kastam China Yang Pertama
2015-12-31 11:00:03 CRI Cetak

Platform pelepasan "tingkap tunggal", kastam elektronik (e-kastam) yang dikendalikan bersama oleh jabatan kastam, pemeriksaan dan kuarantin, pertahanan sempadan, serta pentadbiran maritim telah dirasmikan di Guangxi, China semalam.

E-kastam tersebut merupakan platform perkhidmatan awam pelepasan kastam yang pertama untuk negara-negara ASEAN.

Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Zhuang, Guangxi, Zhang Xiaoqin dalam majlis perasmian menyatakan bahawa platform pelepasan "tingkap tunggal" adalah antara langkah Guangxi dalam usaha mendorong pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R) dan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), meningkatkan keterbukaan kepada pihak luar serta melaksanakan reformasi sempadan.

Platform ini akan membaiki tahap kemudahan perdagangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China