Cari:
Filipina akan Tandatangani Perjanjian Anggotai AIIB
2015-12-31 11:06:49 CRI Cetak

Kerajaan Filipina semalam mengumumkan pihaknya akan menganggotai Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) sebagai negara anggota pengasas dengan pelaburan sebanyak USD 196 juta (RM 831 juta).

Menurut Setiausaha Komunikasi Presiden, Herminio Coloma Jr., Presiden Benigno Aquino III menerima cadangan Setiausaha Kewangan, Cesar Purisima, dan bersetuju negara itu menganggotai AIIB.

Perjanjian berkenaan ditandatangani hari ini.

Menurut beliau, pihaknya yakin AIIB akan memperkukuh dan melengkapkan mekanisme multilateral pertumbuhan ekonomi semasa, dan dalam masa yang sama meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China