Cari:
10 Pengganas Filipina Dibunuh
2016-01-01 15:08:38 CRI Cetak

Menurut tentera Filipina semalam, tentera kerajaan telah menembak mati sepuluh anggota kumpulan pengganas "Abu Sayyaf" di provisi Sulu, selatan Filipina pada 30 Disember lalu. Selain itu, seorang askar tentera kerajaan turut terkorban.

Jurucakap tentera kerajaan Filipina di barat Mindanao berkata, pertempuran sengit tercetus antara tentera kerajaan dengan kumpulan "Abu Sayyaf" di Patikul, provinsi Sulu pada pukul 4 petang, 30 Disember lalu.

Tentera kerajaan berjaya menembak mati sepuluh anggota kumpulan pengganas, manakala 15 orang lagi cedera parah.

Selain itu, seorang askar tentera kerajaan terkorban dan 6 lagi mengalami kecederaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China