Cari:
Panggilan Terus China-Vietnam, China-Korea Selatan Dirasmikan
2016-01-01 13:55:48 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun menyatakan bahawa panggilan telefon terus China-Vietnam dan China-Korea Selatan telah dibuka secara rasmi semalam.

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan secara berasingan menghubungi ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Naib Setiausaha Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis Vietnam merangkap Menteri Pertahanan Vietnam, Phung Quang Thanh, dan Menteri Pertahanan Korea Selatan, Han Min-koo.

Chang berkata, hubungan China-Vietnam mengekalkan trend perkembangan yang baik berikut pertukaran lawatan Presiden China, Xi Jinping dan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong pada tahun 2015.

China dan Vietnam akan terus bergabung tenaga dalam mengintensifkan kerjasama selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua negara.

China akan meningkatkan interaksi dan kerjasama pertahanan dengan Vientnam dan komited dalam melaksanakan persepakatan yang telah dicapai, dan mengawal perselisihan sebaik-baiknya demi menggalakkan hubungan ketenteraan China-Vietnam mencapai kemajuan pada tahun baharu.

Phung Quang Thanh menyanjung tinggi hasil perkembangan hubungan ketenteraan Vietnam-China dan melahirkan hasrat untuk terus berusaha bersama-sama dengan China dalam menggalakkan hubungan ketenteraan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China