Cari:
Israel Minta Maaf kepada Singapura
2016-01-01 13:56:30 CRI Cetak

Menurut media Singapura, seorang diplomat Israel telah menggunakan bendera Singapura sebagai alas meja dan perkara ini menimbulkan ketidakpuasan hati pihak Singapura.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Israel telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada Singapura semalam.

Kementerian Luar Israel turut mengenakan tindakan disiplin terhadap diplomat tersebut.

Singapura mengalu-alukan permohonan maaf Israel dan menegaskan bahawa "menyalahgunakan bendera kebangsaan Singapura adalah suatu tindakan penghinaan. Semua pihak termasuk diplomat dan warga asing mesti menghormati dan mematuhi undang-undang Singapura."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China