Cari:
Vietnam Berhasrat Perkukuh Interaksi dengan China
2016-01-01 14:26:29 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh kelmarin di Hanoi melahirkan hasrat agar Vietnam dan China dapat terus memperkukuh interaksi dalam kalangan rakyat bagi mengeratkan persahabatan dari satu generasi ke satu generasi, meningkatkan rasa saling mempercayai dan menggalakkan perkembangan hubungan dua hala.

Beliau menyatakan demikian ketika menghadiri Mesyuarat ke-7 Forum Rakyat Vietnam-China di Hanoi petang kelmarin.

Menurut beliau, forum ini adalah antara aktiviti akhir dalam meraikan ulang tahun ke-65 terjalinnya hubungan diplomatik Vietnam-China pada tahun 2015.

Aktiviti ini amat bermakna demi menggalakkan hubungan kedua-dua negara, khususnya hubungan persahabatan dalam kalangan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China