Cari:
Pandangan Pemimpin ASEAN Langkaui 2016
2016-01-02 15:38:05 CRI Cetak
Semasa Singapura bersedia memulakan perjalanan baharu, beberapa rakan dalam ASEAN juga membuka lembaran baharu masing-masing bersama aspirasi melangkaui 2016.
Singapura menyambut kemerdekaan ke-50 atau jubli emasnya sepanjang tahun lepas.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengingatkan warga Singapura dalam perutusan sempena Tahun Baharu 2016 bahawa "Kita tidak boleh mengharapkan perjalanan yang mudah di hadapan."

"Kita hidup dalam dunia yang sangat berbeza daripada perintis kita 50 tahun lalu. Ya, kita mempunyai lebih banyak peluang dalam dunia sejagat, tetapi kita juga menghadapi persaingan yang sengit."

Presiden Filipina, Benigno S. Aquino III berkata beliau mengharapkan keamanan dan kemakmuran pada 2016. Beliau berkata: "Ekonomi kita memberangsangkan, demokrasi yang kukuh, dan kehadiran di peringkat global yang semakin meluas bukan sahaja menjanjikan permulaan yang baik untuk tahun mendatang tetapi juga menyerlahkan kisah kebangkitan yang sedang berlangsung di Filipina di bawah Daang Matuwid".
Presiden Myanmar, U Thein Sein yakin tahun 2016 akan mewujudkan peluang keemasan, baik dalam politik dan ekonomi.
Bagaimanapun, beliau berkata, merebut peluang berkenaan memerlukan "usaha yang luar biasa." Beliau berkata: "Semua rakyat perlu meningkatkan usaha, memelihara semangat patriotik dan bersedia untuk terlibat dalam tugas-tugas pembinaan negara, melaksanakan apa sahaja kewajipan yang diberikan kepada mereka".
--BERNAMA




Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China