Cari:
Penerbangan Indonesia Belum Penuhi Piawai Antarabangsa
2016-01-02 15:40:53 CRI Cetak

Indonesia adalah antara beberapa negara yang belum berupaya mematuhi peraturan keselamatan penerbangan awam antarabangsa berdasarkan banyak berlaku kemalangan udara. Demikian dikatakan Ketua Lembaga Konsultan Penerbangan (CSE), Chappy Hakim.

Katanya, Indonesia juga dinilai gagal menyediakan tenaga kerja dalam bidang penerbangan, terutama dalam kalangan juruterbang, selain tidak dapat menyediakan kemudahan infrastruktur untuk menghadapi pertambahan jumlah penumpang antara 10 dan 15 peratus setahun.

Dalam laporan akhir tahun konsultan itu semalam yang dipetik dari akhbar Tempo, Chappy berkata, sejak 2007, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) meletakkan bidang penerbangan Indonesia dalam kategori 2 iaitu tidak memenuhi piawai minimum keselamatan penerbangan antarabangsa.

Selain Indonesia, antara negara-negara yang berada dalam kategori 2 ialah Guyana, Nauru, Filipina, Serbia, Ukraine, Zimbabwe dan Congo.

Antara negara yang berada dalam kategori 1 iaitu yang memenuhi piawai minimum keselamatan penerbangan antarabangsa pula ialah Malaysia, Singapura, Brunei, Surinam, Nigeria dan Fiji.

--BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China