Cari:
Malaysia Singapura Perlu Rancangan Percutian Hujung Minggu Yang Panjang
2016-01-03 15:34:26 CRI Cetak

Malaysia dan Singapura akan mempunyai siri hujung minggu yang panjang tahun ini dan dengan itu memerlukan perancangan percutian yang lebih baik.

Akan ada lapan hujung minggu yang panjang (cuti sama ada jatuh pada hari Jumaat atau Isnin) bagi Malaysia dan enam untuk Singapura.

Dilaporkan bahawa untuk Tahun Baharu Cina sahaja, tiket bagi bas perjalanan dari Singapura ke Malaysia mendapat permintaan yang tinggi, walaupun harganya meningkat tiga kali ganda.

Memetik Persatuan Bas Ekspres dan Persiaran Singapura, menurut laporan itu 12 pengusaha bas ekspres telah menaikkan tambang kepada antara S$90 (270) dan S$150 (RM 450).

Tiket untuk 5 Feb, iaitu hari Jumaat sebelum hujung minggu Tahun Baharu Cina yang panjang, sudah habis dijual, manakala, 80 peratus daripada tiket bagi 6 Feb telah dijual, kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata 12 pengusaha bas telah menambah perjalanan harian tambahan, daripada 70 pada hari biasa kepada 300 dalam tempoh Tahun Baharu Cina.

-- BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China