Cari:
Jokowi Yakin Peningkatan Pelancong Asing ke Indonesia
2016-01-04 12:19:32 CRI Cetak

Indonesia menaruh keyakinan yang tinggi untuk menarik 20 juta pelancong dari seluruh pelosok dunia ke Indonesia dalam tempoh tiga hingga empat tahun.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) selepas meninjau Rajaampat, wilayah Papua Barat baru-baru ini.

Selepas melawat ke Teluk Pianemu, destinasi pelancongan terkenal di Rajaampat, Jokowi berkata, terdapat sepuluh destinasi yang begitu mempesona di Indonesia, maka sasaran untuk menarik 20 juta pelancong asing tentu dapat dicapai.

Negara-negara jiran lain yang tidak mempunyai sebegitu banyak destinasi pelancongan seperti Indonesia juga mampu menarik antara 24 hingga 27 juta orang pelancong asing saban tahun.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan Indonesia, Arief Yahya menyatakan bahawa beliau berharap agar bilangan pelancong asing ke Indonesia mencecah 12 juta pada tahun 2016.

Pada sepuluh bulan pertama tahun ini, bilangan pelancong China ke Indonesia telah meningkat 21 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Angka tersebut menduduki tempat pertama dalam senarai jumlah pelancong asing ke Indonesia.

Beliau berharap agar Indonesia dapat menarik dua juta pelancong China pada tahun 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China