Cari:
Malaysia Perkenal E-Visa kepada Pelancong China
2016-01-04 12:21:24 CRI Cetak

Malaysia melaksanakan perkhidmatan visa elektronik (e-visa) kepada pelancong China bermula 2 Januari lalu.

Pemohon e-visa tidak akan dikenakan sebarang caj pada 3 bulan pertama tahun ini, iaitu bermula pada 2 Januari hingga 31 Mac 2016.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi berkata, pemohon hanya perlu mengisi maklumat peribadi secara dalam talian semasa membuat permohonan.

Setelah permohonan diluluskan oleh kerajaan Malaysia, pemohon boleh mendapatkan visa tanpa melalui perantara atau ejen.

Presiden Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA), Datuk Albert Tan Sam Soon berpendapat, pelaksanaan e-visa akan membantu menarik lebih ramai pelancong China ke Malaysia.

Beliau juga berharap agar kerajaan tidak mengenakan sebarang syarat tambahan ketika melaksanakan dasar tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China