Cari:
Komuniti ASEAN Buka Peluang Keemasan kepada Syarikat China
2016-01-04 11:58:59 CRI Cetak

Penubuhan Komuniti ASEAN akan menyediakan peluang keemasan kepada Syarikat China untuk melabur di rantau Asia Tenggara.

Syarikat China akan memperluas urusan di rantau tersebut sekiranya negara ASEAN meningkatkan tindakan membatalkan sekatan perdagangan dan mengurangkan tarif.

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan China Thailand, Li Guixiong berkata, penubuhan Komuniti ASEAN akan merancakkan perbincangan, khususnya mengenai tarif dan sekatan perdagangan serantau.

Hal ini membantu mengurangkan kos pengeluaran bagi syarikat multinasional dan boleh dianggap sebagai peluang penting kepada mereka.

Penyelidik kanan Institut Pengajian China-ASEAN, Universiti Guangxi China, Lu Jianren berpendapat, selain meningkatkan sinergi dan perpaduan serantau, negara-negara ASEAN juga berharap dapat mewujudkan pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dengan sokongan luar.

Dalam pada itu, syarikat multinasional juga bakal memperoleh kesempatan yang baik.

Komuniti ASEAN boleh dikatakan bersangkut paut dengan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan berupaya untuk menyediakan iklim pelaburan yang bermanfaat kepada syarikat China untuk melabur di ASEAN.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China