Cari:
Warga Filipina Jalani Hukuman Mati di Arab Saudi
2016-01-06 11:51:33 CRI Cetak

Seorang warga Filipina menjalani hukuman mati di Arab Saudi baru-baru ini kerana didapati bersalah terlibat dalam jenayah rompakan dan pembunuhan.

Naib Presiden Filipina, Jejomar Binay menuduh Presiden Benigno Aquino III tidak menerima cadangannya untuk mengumpulkan wang pampasan yang secukupnya bagi menyelamatkan warga Filipina itu.

Joselito Lidasan Zapanta, 35, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Riyadh pada tahun 2010 dan menjalani hukuman tersebut pada 29 Disember 2015.

Joselito yang bekerja di Arab Saudi didapati bersalah kerana membunuh warga Sudan, Imam Ibrahim selepas berlakunya pergaduhan yang berpunca daripada sewa rumah pada tahun 2009.

Keluarga mangsa bersetuju untuk mengampunkan pesalah sekiranya diberikan pampasan sebanyak 48 juta peso (kira-kira USD sejuta). Namun, kerajaan Filipina dan keluarga pesalah hanya mengumpulkan 23 juta peso (USD 490 ribu) sahaja pada akhirnya.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China