Cari:
AIIB Jana Infrastruktur Indonesia
2016-01-10 16:48:26 CRI Cetak

Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang akan beroperasi di Beijing pada 16 Januari ini bakal membantu menjana pembangunan infrastruktur di Indonesia.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Yayasan Nanya ASEAN yang berpangkalan di Jakarta, Bambang Suryono dalam temu bual bersama wartawan Agensi Berita China hari ini.

Beliau berkata, pembangunan infrastruktur ditetapkan sebagai tugasan utama bagi kerajaan Indonesia dalam tempoh 4 tahun akan datang. Indonesia akan meningkatkan pelabuaran dalam pelbagai projek infrastruktur mega termasuk pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi, transit aliran ringan dan lebuh raya, 24 buah pelabuhan yang besar, 15 lapangan terbang antarabangsa, 40 projek tali air dan 508 buah stesen janakuasa elektrik.

Dalam pada itu, bantuan AIIB adalah amat diperlukan bagi menjayakan projek-projek tersebut.

Tambah beliau lagi, penubuhan AIIB bukan sahaja mendapat sambutan yang baik daripada negara-negara ASEAN, tetapi juga menarik penyertaan lebih 50 buah negara di dunia. Hal ini memperlihatkan usaha pembaharuan dan inovasi yang disarankan oleh China sedang memainkan peranannya, dan dijangka dapat menamatkan order ekonomi antarabangsa lama yang dikawal negara Barat.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China