Cari:
Dakwaan Vietnam terhadap Ujian Penerbangan China Tidak Berasas
2016-01-11 18:07:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kenyataan Vietnam yang mendakwa ujian penerbangan yang dilakukan oleh China di ruang udara kawasan perairan kepulauan Nansha adalah tidak berasas. Kepulauan Nansha dan pulau-pulau di sekitarnya merupakan wilayah China, dan hak kedaulatan terhadap pulau tersebut tidak boleh dipertikaikan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei menegaskan demikian dalam sidang media petang tadi.

Hong berkata, aktiviti ujian penerbangan dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak China di lapangan terbang yang baru dibina di Terumbu Yongshu, kepulauan Nansha berada dalam lingkungan hak kedaulatan China. Dakwaan yang menyatakan aktiviti ujian penerbangan China menjejaskan keselamatan wilayah adalah tidak rasional.

Tambah Hong lagi, perkataan tentang pihak Vietnam tidak pernah menerima sebarang makluman daripada China tidak selari dengan fakta. Pusat Penerbangan Awam China telah memberikan maklumat terperinci tentang rancangan penerbangan dan laluan penerbangan pesawat China kepada pihak berkuasa pengurusan maklumat penerbangan Ho Chi Minh Vietnam berdasarkan peraturan berkaitan dan konvesyen antarabangsa pada 28 Disember 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China