Cari:
Projek Ketiga Kerjasama antara Kerajaan China dengan Singapura Bermula
2016-01-11 13:07:51 CRI Cetak

Jawatankuasa Pengurusan Projek Demonstrasi Kesalinghubungan Strategik Chongqing China-Singapura telah ditubuhkan pada 8 Januari lalu. Serentak dengan itu, terdapat 12 buah projek kerjasama sebagai kumpulan pertama yang bernilai USD 6.56 bilion telah ditandatangani dan mesyuarat pertama jawatankuasa pelaksanaan bersama projek tersebut turut diadakan. Hal ini menandakan projek ketiga kerjasama antara kerajaan China dengan Singapura secara realitinya telah bermula.

Projek Demonstrasi Kesalinghubungan Strategik Chongqing merupakan projek kerjasama ketiga antara kerajaan China dengan Singapura selepas Taman Industri Suzhou dan Bandar Ekologi Tianjin. Projek itu melibatkan kerjasama dalam bidang kewangan, penerbangan, logistik dan teknologi maklumat dan telekomunikasi (TMK).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China