Cari:
Thailand Tingkatkan Keselamatan Trafik
2016-01-11 13:55:04 CRI Cetak

Thailand akan memperkenalkan pelbagai langkah bagi meningkatkan keselamatan operasi sistem trafik.

Menurut Menteri Pengangkutan Thailand, Krasuang Khamanakhom, sempena cuti Tahun Baharu 2016 lalu, angka kematian akibat kemalangan jalan raya mencipta rekod baharu dalam tempoh lima tahun yang lalu, dengan 380 maut dalam tempoh satu minggu yang bermula dari 29 Disember 2015 hingga 4 Januari lalu.

Langkah-langkah yang diambil kerajaan Thailand antaranya termasuklah memasang sistem penentu kedudukan global (GPS) pada pengangkutan awam, mengetatkan peraturan had ketinggian kenderaan di bawah 3.8 meter dan menghentikan pengeluaran lesen kepada perkhidmatan bas dua tingkat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China