Cari:
China dan Laos Bincang Penerokaan Galian Leopoldite
2016-01-11 17:06:32 CRI Cetak

Pakar geologi dan wakil sektor korporat dari China dan Laos mengadakan seminar mengenai teknologi eksploitasi galian Leopoldite di Vientiane kelmarin.

Naib Ketua Biro Geologi Industri Nuklear Qinghai China, Liu Weipeng dalam seminar itu menyatakan harapannya untuk membina platform industri Leopoldite yang melibatkan China, Laos dan Thailand melalui seminar kali ini bagi menggalakkan perkongsian maklumat ketiga-tiga negara dalam bidang tersebut demi mewujudkan pembangunan dan situasi menang-menang.

Ketua Bahagian Geologi Kementerian Sumber Tanah dan Alam Laos pula menyatakan bahawa Laos mewah dengan simpanan galian Leopoldite. Pada ketika ini, terdapat 10 syarikat negara asing telah meneroka dan mengeksplotasi galian Leopoldite di Laos. Beliau berharap agar seminar tersebut dapat membincangkan pelbagai masalah yang melibatkan penerokaan dan penggunaan Leopoldite bagi menggalakkan pembangunan industri pertanian dan ekonomi Laos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China