Cari:
Delegasi Media Xiamen Kunjungi Indonesia
2016-01-12 11:32:47 CRI Cetak

Delegasi media bandar Xiamen yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Penerangan Xiamen, Shangguan Jun, telah mengunjungi Perhimpunan Pengusaha Indonesia Tionghua (PERPIT)semalam dan mengadakan rundingan dengan usahawan-usahawan tempatan.

Shangguan Jun berkata, penduduk Xiamen mempunyai ramai kaum kerabat di Asia Tenggara dan golongan tersebut merupakan jambatan bagi pembangunan inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R). Menurut beliau, kunjungan kali ini bertujuan untuk menggalakkan komunikasi budaya serta kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Xiamen dengan Indonesia.

Naib Pengerusi PERPIT, Abdul Alek Soelystio pula menyatakan bahawa visi pembangunan Negara Maritim Indonesia selaras dengan inisiatif B&R. Beliau yakin kerjasama dan komunikasi kedua-dua negara akan bertambah erat pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China