Cari:
Liow Tiong Lai: Malaysia akan Main Peranan dalam Inisiatif B&R
2016-01-12 14:42:03 CRI Cetak

Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang juga Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa Malaysia akan memainkan peranan sebagai rakan strategik yang akrab dalam inisiatif China "Jalur & Laluan" (B&R).

Liow Tiong Lai ketika menyampaikan ucapan dalam Jamuan Malam sempena perasmian Wisma Persatuan Persahabatan Malaysia-China(PPMC) semalam berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya, bahasa dan agama. Itu merupakan ciri keistimewaan dan kelebihan Malaysia.

Beliau berpendapat, hubungan persahabatan antara Malaysia dengan China amat penting dalam pelaksanaan inisiatif B&R. Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 akan menggabungkan pelbagai budaya dan tamadun. China memerlukan sokongan rakan strategik untuk menerokan laluan tersebut dan Malaysia yakin dapat memainkan peranan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China