Cari:
PDRM Fokus Cegah Jenayah dan Ancaman Media Sosial Bagi Tahun 2016
2016-01-13 13:25:58 Agensi Berita China Cetak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan tumpuan membanteras jenayah dan ancaman media sosial sebagai fokus utama mereka pada tahun ini.

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan semua jabatan PDRM peringkat Bukit Aman pada Selasa lalu.

Khalid berkata, pengguna media sosial semakin melampaui batas dan dilihat berpotensi mengganggu ketenteraman awam. Menurut beliau, rakyat Malaysia telah membuka 40 juta akaun media sosial, Facebook dan dianggap antara yang paling teruk dari segi membuat komen di Facebook dan Twitter. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kurang matang dalam mengendalikan media sosial. Dalam pada itu, pihak polis akan memantau dan mengesan laman web serta aplikasi telekomunikasi, termasuk Facebook, Twitter dan Whatsapp.

Serentak dengan itu, Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) PDRM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan berbincang dan mencari kaedah yang sewajarnya dalam mengendalikan Internet.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China