Cari:
17 Rakyat Malaysia Terkorban di Syria dan Iraq
2016-01-14 11:34:04 Agensi Berita China Cetak
Terdapat 17 orang rakyat Malaysia yang terlibat dengan kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS) terkorban di medan pertempuran Syria dan Iraq dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Enam orang daripadanya merupakan pengebom berani mati.

Demikian dinyatakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.

Pihak PDRM mendedahkan bahawa meskipun seramai 145 warga Malaysia yang disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan telah ditahan, namun masih terdapat 55 orang pengganas warga Malaysia berada di Syria dan Iraq, termasuk 12 orang wanita dan lapan orang kanak-kanak.

Sebelum ini, pasangan adik-beradik yang berbangsa Melayu masing-masing menjadi pengebom berani mati di Syria dan Iraq dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 orang terkorban dalam serangan bom berani mati.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berasa amat terkejut dengan laporan tersebut. Beliau menegaskan, Malaysia dan agama Islam tidak akan bertoleransi dengan tindakan dan ideologi seperti ini.

Kerajaan Malaysia tetap membanteras sebarang bentuk keganasan. Beliau komited untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China