Cari:
Filipina Dakwa Ujian Penerbangan China Ada Maksud Tersirat
2016-01-14 14:05:49 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei menyatakan bahawa China tidak mengendahkan dakwaan Filipina yang menyatakan bahawa ujian penerbangan yang dilakukan oleh China di lapangan terbang baharu di Terumbu Yongshu, kepulauan Nansha ada maksud tersirat.

Hong Lei berkata, penerbangan pesawat China dari Pulau Hainan ke Terumbu Yongshu adalah dalam lingkungan kedaulatan China. Sama seperti negara lain, China juga berhak menikmati penerbangan bebas di ruang udara kawasan perairan Laut China Selatan.

Tambah beliau lagi, China menasihati negara berkenaan agar mengambil tindakan yang lebih berfaedah demi keamanan dan kestabilan serantau. China sentiasa menghormati dan memelihara penerbangan bebas yang dinikmati semua negara di dunia berdasarkan undang-undang antarabangsa, namun China menentang mana-mana negara melagakkan kekuatan senjata sendiri dengan dalih menegakkan kebebasan penerbangan dan pelayaran hingga menjejaskan kedaulatan dan keselamatan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China