Cari:
Perkongsian Strategik China-Vietnam Diharap Terus Berkembang
2016-01-15 14:08:40 CRI Cetak
Parti, kerajaan dan rakyat Vietnam amat mementingkan usaha ke arah memperkukuh dan membina hubungan kejiranan yang baik dan kerjasama yang komprehensif dengan parti, kerajaan dan rakyat China. Vietnam berharap persahabatan tradisional dan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara dapat terus berkembang.

Demikian dinyatakan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam, Hoang Tuan Anh ketika menyampaikan ucapan tahniah pada majlis keraian ulang tahun ke-66 terjalinnya hubungan diplomatik antara China dengan Vietnam malam semalam.

Hoang Tuan Anh berkata, hubungan diplomatik Vietnam-China yang dijalin pada 66 tahun lalu bukan sahaja membuka lembaran baharu yang bersejarah, bahkan meletakkan asas yang penting bagi hubungan persahabatan tradisional kedua-dua negara. Walaupun hubungan kedua-dua negara mengalami perkembangan yang berliku, namun kerjasama muhibah dan perkembangan positif masih merupakan induk dalam pembangunan hubungan dua hala.

Hong Xiaoyong, Duta Besar China ke Vietnam dalam perutusan tahniahnya berkata, pada tahun 2015, pemimpin China dan Vietnam telah mencapai kata sepakat penting bagi menggalakkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara, yang diyakini akan memajukan parti dan hubungan dua hala pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China