Cari:
Ujian Penerbangan China di Terumbu Yongshu Selari dengan Undang-undang Antarabangsa
2016-01-15 14:16:43 CRI Cetak

China mempunyai hak kedaulatan yang tidak perlu dipertikaikan di Kepulauan Nansha dan kawasan perairan di sekitarnya. Ujian penerbangan yang dijalankan China di lapangan terbang baharu di Terumbu Yongshu adalah selari dengan undang-undang antarabangsa dan operasi tersebut adalah operasi biasa di arena antarabangsa.

Menurut laporan, Vietnam mendakwa jabatan penerbangan awam China tidak memberikan maklumat awal kepada jabatan penerbangan awam Vietnam mengenai ujian penerbangan itu.

Sehubungan dengan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei menyatakan bahawa China berasa terkejut dan keliru dengan dakwaan Vietnam itu. Pusat Penerbangan Awam China telah memberikan maklumat terperinci tentang rancangan penerbangan dan laluan penerbangan pesawat China kepada pihak berkuasa pengurusan maklumat penerbangan Ho Chi Minh Vietnam berdasarkan peraturan berkaitan dan konvesyen antarabangsa pada pukul 5.46 petang, 28 Disember 2015 lalu. China sekali lagi mengingatkan Vietnam bahawa ujian penerbangan China adalah selari dengan undang-undang antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China