Cari:
Najib Hargai Sumbangan Positif Kaum Cina terhadap Pembangunan Malaysia
2016-01-17 14:20:29 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa selama ini, kaum Cina Malaysia telah memberikan sumbangan yang positif terhadap pembangunan Malaysia.

Ketika berucap merasmikan Wisma Huazong, iaitu ibu pejabat Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) di Seri Kembangan, Selangor semalam, beliau mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang mengamalkan pelbagai jenis kebudayaan. Memelihara keharmonian pelbagai kaum dan masyarakat sentiasa merupakan tugas utama dalam usaha membangunkan negara. Pembangunan negara bergantung pada semangat perpaduan pelbagai kaum termasuk kaum Cina. Pelbagai kaum diharap saling membantu dan saling menguntungkan serta bekerjasama untuk menjayakan wawasan pembangunan negara.

Najib menyatakan bahawa inisiatif pembangunan "Jalur & Laluan"(B&R) telah menyediakan peluang perkembangan baharu kepada Malaysia, banyak pertubuhan kaum Cina dengan aktif membantu saudara setanah air Malaysia kaum lain untuk mengambil bahagian dalam peluang perkembangan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China