Cari:
HSR Singapura-Malaysia Dijangka Jadi Projek Pelaburan Pertama AIIB
2016-01-18 11:48:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Malaysia merancang untuk memperuntukkan modal yang besar bagi meningkatkan pembinaan infrastruktur negaranya, termasuk menaiktarafkan sistem pengangkutan awam dalam tempoh lima tahun yang akan datang.

Antara projek infrastruktur yang diberi tumpuan termasuklah Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Singapura-Malaysia.

Pakar dari Singapura dan Malaysia mengunjurkan bahawa projek HSR Singapura-Malaysia dijangka akan menjadi projek pertama yang melibatkan pelaburan AIIB.

Menurut rancangan, HSR Singapura-Malaysia yang sepanjang kira-kira 350 kilometer bakal menelan kos sebanyak USD 12 bilion (RM53 bilion).

HSR tersebut akan melalui Sungai Pahang, Seremban, negeri Selangor, Melaka dan Johor dengan kelajuan maksimum 350 hingga 450 kilometer per jam (km/j).

Selepas siap dibina, perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur hanya memakan masa selama 90 minit daripada kira-kira enam jam sebelum ini.

Yang lebih penting ialah projek HSR Singapura-Malaysia akan mengintensifkan kesalinghubungan rantau ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China