Cari:
Malaysia Terus Komited Perangi Sebarang Bentuk Keganasan
2016-01-18 13:19:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaannya terus komited memerangi habis-habisan sebarang bentuk keganasan dan sikap perkauman serta keagamaan melampau.

Beliau berkata, usaha tersebut penting bagi mengekalkan keamanan, keharmonian dan keselamatan di negara ini.

Menurut Najib, baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pelbagai berita serangan ganas di Jakarta, Istanbul dan Paris yang telah mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa.

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia akan terus komited dalam memerangi habis-habisan sebarang bentuk keganasan dan juga sikap perkauman dan keagamaan melampau.

Demikian dinyatakan dalam catatan Facebook beliau pada 17 Januari lalu.

(sumber: Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China