Cari:
Penerbangan Terus Kuching-Hong Kong Bermula April
2016-01-21 16:23:33 CRI Cetak

Hong Kong Airlines hari ini memeterai perjanjian dengan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) untuk memulakan penerbangan terus Hong Kong-Kuching dua kali seminggu bermula hujung April ini.

STB dalam kenyataan berkata perjanjian itu akan menyaksikan pesawat A320 dari Hong Kong mendarat di Kuching setiap hari Selasa dan Jumaat malam, dan berlepas semula ke Hong Kong keesokan harinya.

Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, perjanjian itu menandakan satu lagi pencapaian dalam pembangunan industri pelancongan Sarawak.

Beliau melahirkan harapan Hong Kong akan menjadi hab seterusnya bagi Sarawak selain Singapura dan Kuala Lumpur, dalam usaha memasarkan pelancongan Sarawak untuk membawa lebih ramai pengunjung dari luar negara.

(sumber Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China