Cari:
Indonesia Mahu Kehadiran Pelancong China Sempena Tahun Baharu Cina
2016-01-22 13:59:38 CRI Cetak

Majlis mempromosikan pakej pelancongan Indonesia sempena Tahun Baharu Cina dilancarkan di bandar Kunming, provinsi Yunnan di barat daya China, semalam.

Kementerian Pelancongan Indonesia mempromosikan pakej pelancongan tersebut dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelancong dari China ke negara itu sempena cuti umum perayaan Tahun Baharu Cina.

Dimaklumkan, beberapa pertunjukkan yang mempamerkan keistimewaan budaya Indonesia akan diadakan di Kunming bermula dari 23 hingga 24 Januari ini, selain menyediakan perkhidmatan pelancongan kepada pelancong tempatan.

Menurut Kementerian Pelancongan Indonesia, aktiviti sempena menyambut Tahun Baharu Cina akan diadakan di Bali, Singkawang, Mindanao, Jawa, Yogyakarta, Semarang, dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China