Cari:
Projek HSR Jakarta-Bandung Intensifkan Kerjasama China, Indonesia
2016-01-22 11:09:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Negara China, Wang Yong yang menghadiri majlis pecah tanah projek pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Jakarta dan Bandung pada 21 Januari lalu.

Wang Yong berkata, penggabungan strategi China dan Indonesia mencapai hasil penting berikutan projek pembinaan landasan HSR Jakarta-Bandung tersebut diterajui oleh Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Jokowi.

China bersedia untuk bekerjasama dengan Indonesia bagi menjayakan projek tersebut seperti yang dirancang.

Kedua-dua negara diharap dapat mengambil peluang ini untuk mengintensifkan kerjasama pragmatik dua hala dalam pelbagai bidang demi pembangunan dan kemakmuran bersama.

Jokowi menyatakan bahawa beliau berasa amat gembira dapat melihat majlis pecah tanah projek HSR Jakarta-Bandung yang diwujudkan atas konsensus penting yang dicapai antara beliau dengan Presiden Xi.

Negaranya amat memberikan keutamaan kepada perkembangan hubungan perkongsian strategik komprehensif dengan China, dan bersedia untuk memperluas kerjasama yang saling menguntungkan dengan China dalam pelbagai bidang.

Selepas projek HSR tersebut, lebih banyak projek pembinaan infrastruktur dan kerjasama perindustrian akan dibangunkan di jalur ekonomi Jakarta-Bandung.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China