Cari:
Armada China Lawat Indonesia
2016-01-25 11:52:12 CRI Cetak

Armada 152 Tentera Laut China yang sedang menjalankan misi lawatan antarabangsa tiba di pelabuhan Jakarta Indonesia pagi semalam dan mengadakan lawatan rasmi selama 5 hari di negara itu.

Timbalan Komander Pangkalan Ketiga Tentera Laut Indonesia, Eko Wahyono ketika dalam majlis sambutan menyatakan bahawa lawatan kapal perang China ke Indonesia ini akan meningkatkan persahabatan tentera laut kedua-dua negara.

Komander kapal armada China, Wang Jianxun berkata, lawatan ini pasti akan meningkatkan persahabatan tradisional kedua-dua negara, memperkukuh dan menggalakkan kerjasama dan persahabatan tentera kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China