Cari:
Kertas Biru Asia Tenggara: Laporan Pembangunan Asia Tenggara Dikeluarkan
2016-01-25 14:51:38 CRI Cetak

Kertas Biru Asia Tenggara: Laporan Pembangunan Asia Tenggara (2014-2015) dikeluarkan di Beijing pada 23 Januari lalu.

Menurut laporan tersebut, seiring dengan proses penubuhan Komuniti ASEAN, daya saing komprehensif rantau ASEAN meningkat dengan ketara, namun komuniti itu masih menghadapi pelbagai cabaran pada masa depan.

Ketua pengarang kertas biru itu, Pengarah Pusat Pengajian Asia Tenggara Universiti Xiamen, Wang Qin berkata, laporan tersebut merumuskan dan meramalkan situasi politik dan ekonomi Asia Tenggara pada tahun 2015 hingga 2016 dan memberikan cadangan mengenai strategi pembangunan China dan ASEAN.

Pengarah Penerbitan Bahan Bercetak Sains Sosial China, Xie Shouguang mencadangkan Universiti Xiamen terus menjalankan penyelidikan tentang Komuniti ASEAN serta "Jalur dan Laluan" (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China