Cari:
Thailand Harap Lebih Banyak Pelaburan dari China
2016-01-25 15:01:56 CRI Cetak

Menteri Perindustrian Thailand, Atchaka Sibunruang baru-baru ini menyatakan bahawa pembangunan "Jalur & Laluan" (B&R) China akan membawa manfaat kepada Thailand untuk mendapat sokongan kewangan dari Bank Pelaburan Infrastuktur Asia (AIIB) bagi membangunkan infrastuktur di Thailand amnya dan ASEAN khasnya.

Menurut beliau, dalam rangka B&R, kerjasama China-Thailand di Zon Ekonomi Khas Thailand akan merangkumi aspek-aspek yang berikut, iaitu mempercepat pembinaan infrastruktur yang menyambungkan Thailand dengan China, terutamanya landasan kereta api China-Thailand yang sepanjang 867 kilometer, menggalakkan penaiktarafan perjanjian perdagangan bebas (FTA) China-ASEAN, dan syarikat Thailand amat mengharapkan lebih banyak pelaburan dari China.

Di samping itu, kerajaan Thailand akan menyediakan insentif cukai kepada syarikat-syarikat yang relevan, dengan lapan tahun pertama pengecualian cukai dan lima tahun seterusnya diberikan potongan cukai hingga separuh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China