Cari:
Aung San Su Kyi dan Tentera Myanmar Bincang Penubuhan Kerajaan Baharu
2016-01-26 15:44:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Ketua Tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing dan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi semalam mengadakan pertemuan di Nay Pyi Taw untuk membincangkan penubuhan kerajaan baharu.

Dalam pertemuan selama dua jam itu, kedua-dua pihak turut membincangkan isu-isu berhubung dengan peralihan kuasa parlimen dan proses perdamaian negara selepas penandatanganan perjanjian genjatan senjata kebangsaan.

Pertemuan ini merupakan pertemuan kali kedua antara Aung San Suu Kyi dengan Min Aung Hlaing sejak pilihan raya umum Myanmar diadakan pada 8 November 2015.

Tempoh perkhidmatan parlimen Myanmar penggal ini akan tamat pada 30 Januari ini.

Dewan Rakyat dan Dewan Negara Myanmar penggal baharu akan mengadakan mesyuarat pertama pada 1 Febuari depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China