Cari:
John Kerry Lawat Laos
2016-01-26 14:52:31 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry mengadakan lawatan ke Laos pada 24 hingga 25 Januari lalu.

Beliau telah mengadakan rundingan secara berasingan dengan Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong dan Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar negara itu, Thongloun Sisoulith.

Dalam pertemuan Kerry dengan Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong, kedua-dua pihak telah membincangkan persiapan Sidang Kemuncak AS-ASEAN yang bakal diadakan di California pada bulan depan. Laos, selaku negara pengerusi bergilir ASEAN tahun ini, akan bersama-sama dengan AS menganjurkan sidang kemuncak ini.

Ketika bertemu dengan Thongloun Sisoulith, kedua-dua pihak melahirkan komitmen untuk mengintensifkan kerjasama dalam usaha menghapuskan bom tinggalan perang di wilayah Laos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China