Cari:
Setiausaha Agung LPRP Ditemui Utusan Khas Presiden China
2016-01-27 15:21:42 CRI Cetak

Setiausaha Agung Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP), Bounngang Vorachith ditemui utusan khas Presiden China, iaitu Pengerusi Jabatan Perhubungan Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Song Tao di Vientiane semalam.

Song Tao menyampaikan tahniah daripada Presiden China, Xi Jinping kepada Bounngang Vorachith yang baru dipilih menyandang jawatan itu.

Xi Jinping dalam surat tahniahnya menyatakan bahawa China bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan Laos bagi meningkatkan komunikasi strategik dan kesalingpercayaan politik, meningkatkan kerjasama pragmatik, menggalakkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara terus berkembang.

Bounngang Vorachith pula berkata, rakyat, kerajaan dan parti Laos amat berterima kasih kepada China yang sentiasa menyokong dan membantu Laos.

Beliau bersedia untuk bersama-sama China menggalakkan hubungan dua hala terus berkembang maju.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China